Sunday 7 June 2015

Arduino

Semester ni kitorang ada subject Microprocessor. So untuk assignment, kami kena buat projek Arduino. Arduino? First time aku dengar nama hardware ni.

Bila dah buat projek, buat research pasal hardware ni, baru aku tau yang benda ni memang cool. Kalau lah aku dah tahu dari zaman diploma, dah lama aku try untuk invent macam-macam. Arduino ni macam IC circuit versi flexible. Hardware ni memang mudah digunakan dan ianya open source projek so korang boleh ambil coding di website official Arduino dah buat macam-macam projek yang menarik dan murah

 













Aku pun masih noob lagi pasal Arduino tapi aku tengah belajar sikit-sikit pasal coding dia semua.
So amacam? Berminat?

Thursday 4 June 2015

Dubai

Assalamualaikum. Wadaaaaaaap! Fuh lama gila aku tak update blog. Beberapa bulan lately ni aku busy gila dengan projek sampai berhabuk blog aku. Takda masa lansung nak update. So aku start balik post baru dengan cerita percutian aku di Dubai!

Aku rasa sangat bertuah sebab berpeluang ke luar negara. Thanks dekat Mama yang sanggup bawak anak laki tunggal dia ni ke Dubai. Kalau nak pakai duit sendiri memang gambar Dubai jela aku mampu tengok. 

Dubai ni sebenarnya sebuah negeri di dalam negara UAE (United Arab Emirates). Kat UAE ni ada dua negeri yang sangat maju iaitu Dubai dan Abu Dhabi. Dubai ni memang kaya dengan sumber minyak dan sebab tula tempat di situ amatlah maju. Kalau nak compare dengan Malaysia mungkin Dubai ni 5-10 tahun lebih maju ke hadapan. #serioustalk

Dari segi pengangkutan awam, memang tip top. Disebabkan kawasan Dubai ni terletak di gurun panas, banyak tempat yang disediakan dengan kemudahan air-cond. Sampai setiap bus-stop kat Dubai ni semuanya closed space dan dilengkapi air-cond.

So, kalau korang berkesempatan nak ke Dubai, disini aku listkan tempat-tempat menarik yang aku sempat pergi semasa di sana.






1. Emirates Mall Ski Dubai

Emirates Mall terletak agak jauh dari Burjuman, tempat penginapan kami. Tapi tempat ni memang berbaloi untuk pergi. Emirates Mall ni antara shopping mall terbesar kat Dubai. Besar gila sampai lenguh kaki aku. Antara daya tarikan kat Emirates Mall ni ialah Ski Dubai. Aku ni tak cukup pandai nak pergi oversea so memang sebelum ni tak merasa lah suasana salji. Seronok jugak la main salji, lagi-lagi dengan budak Hanna ni. muehehehe






2. Dubai Mall

Dubai Mall terletak di antara Burjuman dan Emirates Mall. Dubai Mall jugak tak kurang hebatnya. Penuh dengan kedai-kedai yang menarik. Hanya mampu window shopping jelah. Di Duai Mall, ada banyak tarikan yang menarik. Antaranya ialah Skating Ring, Indoor Aquarium dan Fountain Show dimana kita boleh melihat pertunjukan air terjun betul-betul dihadapan Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia.
















3. Gold Souk

Gold Souk ni adalah syurga emas. Kat sini selalunya pelancong datang untuk memborong emas. Tapi mama hanya window shopping jela. Nak beli macam takda function plus mahal pulak tu.










4. Dubai Desert Camp

Hanya 80 Dirham seorang, Dubai Desert Camp memang lah berbaloi. Banyak aktiviti yang boleh dibuat dari petang sampai ke malam. Start dengan drift padang pasir, naik unta sampai lah ke tengok tarian arab, Dubai Desert Camp memang best.











5. Dubai Museum










6. Spice Souk

Sama macam Gold Souk, di Spice Souk korang boleh dapatkan herba atau rempah ratus yang terbaik kat Dubai. Terkejut jugak aku tengok harga rempah ratus ni boleh tahan mahal.







7. Marina Dhow Cruise

Dalam pakej kami, ada dimasukkan sekali aktiviti menaik Dhow (Feri) untuk mengelilingi sungai atau laut (tak pasti). Walaupun trip tu singkat tapi best jugak sebab dapat tengok bangunan-bangunan di Dubai.  Tahukah anda, aktiviti pengangkutan barang jualan masih menggunakan kapal atau bot dan bukannya menggunakan kargo atau pun lori kontena.










8. Naif Market

Kat sini ialah tempat untuk membeli jubah. Kalau dulu kat Mekah tak sempat beli jubah arab. untuk awek, kat sini ialah tempat yang sesuai untuk membeli jubah arab. Malangya, bila dah mampu nak beli, awek pulak takda.




Rasa seronok sangat dapat peluang ke negara orang. Alhamdulillah diberikan rezeki. Lepas ni nak plan trip ke negara matahari terbit pulak dengan kawan Semoga ada rezeki. Insyaallah. So sampai sini sahaja cerita Dubai aku. Selamat membaca!