Wednesday 24 September 2014

Bro hangout.

Minggu lepas aku dan budak-budak rumah decided untuk pergi ke Port Dickson. Aku tak pernah pergi PD sebelum ni. So seronok jugak la bila sampai sana. Aku tak suka sangat mandi pantai sebab air dia masin tapi bila dah keluar dengan member semuanya seronok.

Awal-awal subuh kitorang dah bangun untuk setelkan makanan. Dalam pukul 8 camtu terus gerak ke PD. Kitorang bernasib baik jugak lah haritu sebab jalan pun tak sesak, cuaca pun tak panas tak hujan.

Dah sampai sana pulak, kebetulan ada satu family baru nak balik so kitorang terus ambil spot dorang. Tapi aktiviti yang paling best kat sana ialah Banana Boat. Sumpah memang best sebab kitorang dah setup baik punya dengan pakcik pembawa jetski tu. Memang tercampak-campak kami kat tengah laut tu.


























Lepas habis mandi, Zabid bawak pulak kitorang pusing-pusing Melaka. Bukan pusing-pusing yang ronda-ronda tu tapi jalan yang pusing-pusing. Pening kepala aku. Petang tu jugak kitorang solat dan rehat kat rumah Zabid.